Saturday 25 June 2011

couple??oOPpsSS^_-

SALAM.first sekali aku nak ingatkan kat diri aku sendiri dan kat korang2,kalau nak tulis benda2 macam ni,jangan lupa setting niat dulu..untuk sedarkan diri sendiri dan para sahabat..niat kena baik mudah2an hasilnya baik..takut2 pulak benda yg kita cakap ni terjadi balik kat kita..esok lusa orang dok mengata 'tu lah bukan main nak nasihatkan orang,tapi dia tu sendiri tak pandai nak jaga diri..dia balik buat benda yang dia tegah tu'..hurm so aku taknak lah kena kat batang idung aku sendiri..aku cakap ni pon berdasarkan pengalaman..aku bukan lah berniat nak merendahkan mana2 pihak dan secara langsung rasa diri ni bagus bagai..nau'zubillah..anggaplah ni sbg nasihat seorang sahabat..hidop nasihat-menasihati kan bagos..ingat lagi tak ayat ni dalam surah Az-Zariyat ayat 55 yg bermaksud 'Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin'....hurm balik pada topik asal..first sekali berdasarkan pengalaman dan penghayatan,ok PENGHAYATAN ye..haha..paling tablehblah!!secara eksperimen,paling tepat kan ayat ni??

Title:Couple

Objective:melengkapi hasrat nurani,fitrah dan sebagainya,boleh juga dinyatakan ingin       'Mencari kebahagiaan' atau 'Teman sejati'

Materials and apparataus:seorang lelaki dan seorang perempuan.(sejenis2 tak main ek tak termasuk dalam topik perbincangan,harap maklum).

Hypothesis:semakin aku mengenalinya semakin aku bahagia atau semakin aku mengenalinya semakin aku sengsara??

Procedure:

1)ayat-mengayat atau usha-mengusha.pastikan mahir ya atau boleh dapatkan khidmat kaunseling dari yg pakar.

2)mesej 24jam.hp tak lekang.

3)bergayut sampai pepagi buta.(kes terkecuali:sampai mengganggu jiran tetangga)

4)cakap macam dalam kelambu bila gayut.

5)esok first date.pilih baju lawa2 dan bergaya supaya si dia suka.tidak lupa juga make up 
sket muka tu!!kasi final touch!!

6)mula2 jumpa malu2.jalan jauh2 macam 5meter gitu.jangan dekat2 berdosa taw!!

7)tak banyak cakap sebab rasa janggal.baru first date.rileks dulu.

8)cakap pon pelan2.kentot pon tetiba takde bunyi.

9)time lunch.order sket2 klu boleh minum saja.control punya pasal.takot sia dia taw yg 'aku ni burok lantakk'.

10)tengok wayang.cerita klu boleh nak yg romantik aje.nak 'mood' org tengah dating gamaknye.ke cerita seram??bila part ngeri boleh lah korang terkejot berok dan 'tetiba' tersengaja pegang tangan si dia.

!!)solat jangan lupa.nak tunjuk gak kat si dia yg aku ni boleh tahan alimnya.solat tak tinggal.'couple' paling handal.couple islamik la kononnya.urm,tp solat tu memang lah kena buat gak walau dalam apa cara sekalipon.kira korang takdelah dosa sebab jaga solat.dosa kat tempat lain seperti dosa keluar berdua-duaan tu.

!2)dan banyak lagilah.pandai2lah korang buat procedure ni.keje jgn asik nak copy orang jer.

 so move to the discussion..

1)duit mak bapak aku banyak abes.nak kasi si dia melantak punya pasal.tapi apa aku kesah asalkan si dia bahagia dgn aku.

2)duit mak bapak aku atau ptptn,biasiswa dan sebagainya habis juga sebab sibuk nak belikan hadih kepada si dia.nak amek hati dan rasa teruja bila lihat dia tersenyum bila dapat hadiah.

3)duit mak bapak aku abes jugak sebab asik topup nak mesej dan call si dia.tak pon selalu dan kebiasaannya,aku topup kan dia.

4)aku banyak buang 'current' atau buang masa dengan dia.kononnya hepi buat everything sesama.tetapi lupa pulak setiap kali kami bersama2,dosa kami berganda2.

5)kadang2 terlampau angaukan si dia sampai kuliah pon tak boleh fokus.asal pandang je muka lecturer mesti nampak si dia.kadang2 sibuk dgn si dia sehingga assignment pon main tangguh2.keje satu hapak semua tak siap.

6)akhir sekali result sem aku biasa2 dan tak memuaskan.tapi tak apa,si dia setia di sisi.

7)bila dia merajuk,aku kena gunakan segala kudratku nak pujok dia,janganlah time exam.memang haru biru dlm bilik exam.

8)akhirnya,pelajaran entah ke mana,cinta pon entah ke mana.

9)aku mintak izin dgn dia nak pegang tangan dia.boleh kasi taw semua orang dat she's mine or he's mine.

10)baju couple tak lupa beli.semua benda nak sama2 beru sehati sejiwa.tak lupa dosa pon dapat sama2.

11)mula2 tangan lama2 semua dia kasi aku pegang.sayang punya pasal.lama2??korang lengkapkan discussion ni ehh.jangan lupa hantar esok kat mahsyar nanti.wallahua'lam.

conclusion:
korang muhasabah lah balik.bagi yg dah terjebak,aku tak tau nak nasihat macam mana sebab orang dah kena panah cinta memang susah nak cabut panah tu.luka berdarah nanti hati tu.sakitt yanggg amatt.aku tak nafikan.yela kitakan tgh syok dan sayang bagai.mungkin nukilan akuni tak cukup nak bukak pintu hati korang.tapi aku berdoa pada Allah supaya kita sama2 dipeliharaNya dan dalam lindunganNya insyaAllah.aku pon manusia biasa gak punya perasaan mcm korang2 tapi indahnya islam ni didik kita kawal perasaan dan nafsu kita.salurkan kepada yg hak dan dengan saluran yg betul.pasal jodoh jgn dok gundah sangat.petang tadi aku layan dil to pagal hai,ending die ade tulis,'somewhere someone is made for you'...gitulah gamaknya..bukankah jodoh kita dah tertulis sejak di luh mahfuz lagi???yg tentukan bagaimanakah jodoh kita,kitalah yang memainkan peranannya..ketinggian budi dan akhlak kitalah penentu bagaimanakah sikap si dia..doa tak putus2 k!!klu kita rajin pegi kuliah agama,masjid,dalam jemaah dan sebagainya,insyaAllah jodoh kita pada jalan yg sama gak..mudah2an..klu kita rajin pegi clubbing,gig,disco dan etc,dun wurry be happy jodoh kita pon pada jalan raya yg sama gak..pilihlah jalan yg kita sukai..moga2 tak melanggar syara' duhai sahabatku..akhir jalan cerita kita penentu segalanya...moga kita dapat bersabar meninggalkan maksiat dan bermujahadah..dan moga Allah menggantikan sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita hilang itu..akhir sekali renung2kanlah maksud ayat ni 'Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untkmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir'.(surah Ar-Rum,ayat 21) dan maksud ayat seterusnya dari surah Al-Isra',32,"Dan janganlah kamu menghampiri zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji,dan suatu jalan yang buruk"...wallahua'lam..say no to 'THINGS THAT WILL LEAD TO ZINA'



1 comment:

  1. betol2..saye setuju dengan awak..hehehe..janji kite yam??

    ReplyDelete